Tuesday, September 28, 2010

Selamat Hari Raya


Hari ni aya yg ialah hari raya yang ke-18. Baru 2 hari puasa 6. Sekejap je RAmadhan dah meninggalkan kita. Dah rasa rindu pada Rmadhan. Dapatkah kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang? Semoga kita dipanjangkan umur dan doa kita diperkenan olehNya untuk bertemu dengan Ramadhan lagi.

Syawal kali ini lebih bermakna dengan kehadiran putera comel Mohd. Rayyan Mkael.Syawal kali ini lebih2 lagi bermakna kerana ini merupakan tahun kedua aku bergelar isteri.Heheh.. Bila ade keluarga sendiri ni, tema baju raya pun kita la yg kene fikir sendiri. Takle la sama ngan mama n ayah. So kali ni tema keluarga en.Khairil ialah biru gelap, manakala tema keluarga en.Hapiz ialah.. erm... campuran pink,purple dan sebagainya. Semuanya beli di kedai yg sama saje. tahun ni takde yg rajin nak tempah2 baju. Sbb baju kurung dan baju melayu yg siap jahit jauh lebih murah harganya.

Tahun ini kalau nak diikutkan giliran, sepatutnya giliran beraya di rumah keluarga en.Khairil di Keratong 5. Tetapi memandangkan, ini tahun pertama mama & ayah beraya bersama cucu sulong mereka terpaksa lah kami berada di rumah mama & ayah pada pagi raya untuk sesi mengambil gambar.

Lebih kurang pukul 10 baru kami bertolak ke Keratong 5. Asalkan semuanya gembira. Kan hari raya, jadi mestilah nak semua org gembira.
Tapi raya tahun ni, saya tak sempat nak makan lemang dan rendang macam selalu. Terlalu banyak rumah yang kami melawat. Dan setiap rumah tu menghidangkan pelbagai jenis mee. Aik.. skarang ni trend makan mee aje kot. Rendang2 dah abis agaknya.. Jadi saya sendiri tak puas nak makan lemang dan rendang.Agaknya kene belajar masak rendang sendiri la.. Untuk pengetahuan umum, saya mmg tak tau masak rendang. hehehhe... tau makan saje.

Walaupun skarang ni dah mingguu ke-2 hari raya, mmg terlalu byk jemputan open house sampaikan tak tau mana satu yg nak pergi. Last2 tak pergi semua. Minggu ni pun ade lagi. Mesti kene pergi jugak sbb kawan2 rapat yg jemput. Lagipun ade lauk kambing... (ntah kenapa suka plak makan kambing). Nanti kita cerita plak pasal open2 house ye...